
Aku pernah terbaca artikel ini suatu masa dahulu dan suka untuk aku kongsikan semula maklumat ini untuk renungan kita bersama.
Apakah yg dimaksud program Affiliate?Kita mungkin pernah dgr tentang mencari wang tambahan melalui program affiliate.Bolehkah?Betulkah? atau Mungkinkah kita boleh kaya atau setidak2nya memerdekakan diri kita dari masalah kewangan,melalui perniagaan affiliate?
Banyak yg berpendapat program affiliate adalah satu skim @ program cepat kaya,malah ada yg menyamakan program affiliate seangkatan dgn swiss cash,solid investment atau multi level dan yg lebih memilukan ada juga yg mengatakan program affiliate ini adalah satu skim internet haram.
Astagfirullah,aku tak nafikan adakalanya begitu,tapi tidaklah semua.Ada juga yg betul.Pemasar internet yg matang yg memasarkan produk melalui sistem affiliate pasti tahu yg perniagaan spt ini telah mencapai satu tahap yg amat tinggi dan bergerak pantas.
Mari kita kaji lihat perspektif affiliate dr kaca mata sebenar.Affiliate @ cakap melayunya
sekutu adalah satu kaedah pemasaran yang digunakan oleh sykt yg mengeluarkan sesuatu produk @ perkhidmatan yang menyediakan yuran komisen kepada sekutunya yg membuat jualan.
Kita juga boleh anggap,pemasaran affiliate adalah satu strategi pemasaran secara on-line dimana sykt tertentu(sekutu niaga yg kita pilih) akan membayar beberapa peratus keuntungan jualan kepada pemasar internet yg berjaya menjalankan perniagaan secara on-line melalui link affiliate yg mereka gunakan.
Dlm erti kata yg lain ia adalah satu program perdagangan elektronik pada pemilik laman web(contoh:laman web keusahawanan) yang akan menghantar pelawat ke laman web(contoh: web iklan)untuk membeli mana2 pakej iklan@perkhidmatan yg ditawarkan,entiti perniagaan tersebut akan berkongsi keuntungan dr setiap jualan dgn pemilik web tersebut kerana memperkenalkan tawaran milik entiti yg terbabit.

Disinilah, ramai yg tertanya2 adakah benar @ tidak pemasaran affiliate mampu memberi ruang dan peluang untuk menambah pendapatan.Mari kita lihat dgn lebih dalam ,apakah ciri2 pern. affiliate(sekutu niaga)yang mampu memberikan kita pendapatan secara berpanjangan?Benar atau tidakia mampu mengubah cara hidup kita dgn mempromosikan produk sykt affiliate?Pilihan ditangan anda,Kejayaan adalah pilihan dan kegagalan juga adalah satu pilihan.Anda yg menentukan.....

Pada hari ini kita lihat sykt affiliate telah muncul dgn pelbagai corak niaga dan strategi perniagaan online dgn pelbagai cara.Ada yg menggabungkan trading dan affiliate ,ada juga yg menggabungkan affiliate dgn pembayaran bertingkat dan macam2 lagi.Disini ada beberapa tips untuk kita semua sebelum memilih mana2 program affiliate yg ada di alam cyber ini.
10 ciri affiliate(sekutu niaga) yg baik.
- Perniagaan yang dijalankan berdaftar dengan suruhanjaya sykt malaysia"ssm" jika di malaysia.
- Produk yg memberi nilai tambah kepada pelanggan.
- Produk yg diyakini mampu untuk bersaing dan berkembang
- Mempunyai produk produksi tersendiri
- Ciri2 pern. yg mampu untuk berkembang
- Selidik potensi produk masa hadapan
- Rekod bayaran cemerlang
- Khidmat pelanggan yg baik
- Bantuan latihan
- Sistem komisen yg lumayan serta tidak menindas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan