Ahad, 29 Ogos 2010

Sahabat......

Bismillahirrahmanirrohim.......
Assalamualaikum ,aku ucapkan kepada insan yang mengiggah masuk ke blog aku ini.Aku memohon kepada Allah agar kalian di anugerahkan oleh Allah dgn ketenangan hidup dan meredhai setiap apa yg kalian lalui di dalam hidup ini.

Alhamdulillah..sesungguhnya puasa kita telah masuk hari yang ke 20.Sememangnya ramai diantara kita berlumba2 untuk mengimarahkan rumah Allah dan memperbanyakkan amalan demi mendapatkan redha Sang Kekasih seterusnya merebut suatu malam yang terlebih baik akan ia dari seribu bulan (Lailatul qadar).


Sememangnya aku tidak berminat untuk menulis tentang pern. yang aku jalankan.Tetapi hati aku terpanggil untuk menyatakan tentang sesesorang yang sewajibnya aku menggelarkannya sebagai Sahabat.Dalam kehidupanku,aku sering bersangka baik terhadap sesiapa pun.Tak kira orang itu aku baru kenal atau di sebaliknya.

Tetapi didalam masa 3 tahun ini,Allah telah menemukan aku dengan seorang insan yang sangat mulia budi pekertinya,baik akhlaknya,jujur orangnya dan amat bermurah hati.Dia adalah insan yang menghormati tidak kira sama ada orang itu lebih tua atau jauh lebih muda daripadanya.Kemesraan diantara kami mewujudkan satu hubungan yang amat indah sehingga merapatkan hubungan di antara keluarga kami.Aku menganggap dia seperti abangku,isterinya seperti kakakku dan anak2nya seperti anakku sendiri.


Baru - baru ini aku dikejutkan dengan panggilan yang sahabatku ini ,terlantar di hospital dan menjalani satu pembedahan.Aku tidak dapat menziarahinya kerana aku berada diluar kawasan kerana menjalankan tanggungjawabku sebagai ketua keluarga terhadap anak dan isteriku.Jadi kami terputus hubungan dan harapanku pada waktu itu dengan tidak mengutus sms @  menghubunginya melalui telefon, dapatlah sahabatku duduk beristirehat.


Tiba2 aku mendapat panggilan darinya,dan yang amat memeranjatkan dia dan keluarganya menziarahi aku sekeluarga untuk kami berbuka puasa bersama2.Di ringkaskan pada keesokan harinya,isteri kami keluar ke pasar untuk membeli barangan keperluan untuk berbuka puasa.Dan di waktu inilah hanya tinggal kami berdua.


Perbualan kami,gelak tawa kami bertukar menjadi saat yang amat menyedihkan apabila sahabatku itu menyatakan yang dirinya hanya ada 120 ke 160 hari untuk menikmati keindahan di dunia ini.Dan hal ini pula terpaksa di rahsiakan kepada isterinya kerana takut isterinya berada di dalam keadaan gundah gulana.

Kami sama2 menangis dan berpelukan.Harapan kami panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari.Walaubagaimana pun aku bersyukur kerana beliau pasrah seandainya itu yang ditakdirkan Allah.Tapi bagi aku redha @ tidak ,begitu berat hati ini nak melepaskan seorang insan yang aku sayangi.Aku pun tidak tahu apa yang akan terjadi terhadap diriku seandainya sahabatku ini pergi menemui ilahi.


Permintaanku kepada kalian yang masuk di ruangan ini ,Tolonglah sama2 mendoakan agar sahabatku itu disembuhkan oleh Allah.dan seterusnya menafikan kata2 doktor yang merawatnya.Mungkin doa kalian lebih makbul daripada aku ,hamba Allah yang faqir ini.

"Ya Allah,seandainya kau kasihani aku dan menyayangi aku,dengarlah ucap dan doa ku,Tolong selamatkan sahabat aku ini Ya Allah..Pulihkan dan sembuhkan dirinya seperti sedia kala.Aku menyayanginya bukan kerana pangkat,darjat dan hartanya Ya Allah tapi kerana kau yang menemukan kami untuk jalinan silaturrahim.Tolonglah Ya Allah,Tolonglah Ya Allah,Tolonglah Ya Allah..Tidak ada daya aku ini melainkan Kau..." ..........Kepada kalian yang membaca blog aku ini,Aku minta pertolongan dari kalian agar sama mendoakan sahabat aku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan